Assalamualaikum !!
ini entri terbaru saya di usia 17 tahun..
umur aku dah bertambah setahun ---> 16 +1
semestinya aku kena memandang ke hadapan, menanti debaran keputusan SPM sangat merimaskan
tapi aku harus menoleh ke belakang pada usia aku yang matang
bukan mengenang kembali sejarah dulu,tapi sekadar mengingatkan aku tentang sebuah realiti lalu
if u are given two choice
pergi ke masa depan @ kembali ke masa silam
if me, i definitely choose to come back at least 30 years ago
its sound crazy right
sejujurnya aku nak sangat kembali ke masa dulu
saat nenek kau masih hidup..
i miss her a lot
seumur hidup aku tak pernah merasa kasih sayang seorang nenek,
mesti best ada nenek kan, nenek kandung ..our own flesh blood
she died bcoz cancer , died with baby that she was carried
aku sedih tak dapat jumpa nenek
if i could be a doctor, i willl try my best to fight da cancer, bcoz i dont want some1 else feel lost without grandma like me..
thats Y aku nak belajar betul2 n result bulan 2 nanti sangat meresahkan aku
terngiang ngiang lagi pesan abah aku..
abah nak sangat tengok kami adik beradik berjaya..
abah tak ada harta duit berjuta nak bagi kat kami, ilmu je harta kami..
abah pernah cite masa dia remaja dulu..
susah sangat, cari duit sendiri nak makan nak tolong mak
mengharapkan atuk aku dulu, langsung x jaga abah n adik2 yang lain
aku bukan nak menyalahkan atuk aku
tapi aku terkilan sngat2 bila aku dengar abah aku cite
abah tak dapat sambung belaja sebab tak cukup duit
yuran nak masuk universiti mahal, tak mampu nenek aku nak cari duit,atuk aku kaya dulu, orang kaya kat kelantan..
tapi 1 sen pun tak jatuh kat abah aku
abah aku pendam impian dia nak masuk u, dia masuk maktab je, tu pun susah nak cari duit
dengan result stpm abah aku, mungkin sekarang abah aku mampu jadi pegawai besar
ending abah aku jadi guru, mendidik anak bangsa
walaupun abah aku tak tunjuk, tapi aku tahu yang dia kecewa sangat dengan hidup dia dulu
bukan menyalahkan takdir , tapi kadangkala hidup ni sangat kejam !!
mak aku, pada usia 12 tahun ma kehilangan ibunya
arwah nenek aku meninggalkan harta bernilai untuk ma aku jaga
pada saat itula ma aku memikul tanggungjawab membesarkan 3 orang adik-adiknya
satu tanggungjawab yang besar pada usia yang begitu muda
tangan ma aku begitu senang dengan batang getah
begitu akrab dengan pisau menorehnya yang banyak memberikan rezeki untuknya
atuk aku?? langsung tak menghiraukan anak2
abah dan ma aku mempunyai nasib sama
nama mereka dah tercatat di luh mahfuz..
ma aku terpaksa melupakan impiannya, hanya sempat bersekolah sehingga tahun 6
dan selepas tu ma aku terus bekerja, bekerja , bekerja
sekarang ma aku dah menjadi seorang tukang jahit
walaupun tak terkenal, tapi aku tetap bangga
ALHAMDULILLAH
orang tua aku sekarang mampu menaris nafas lega
aku bersyukur aku jadi anak mereka
kadangkala aku berfikir sejenak, dengan kesusahan mereka dulu mereka mampu berjaya, kenapa tidak aku sekarang
kesenangan yang mereka beri sepatutnya aku gunakan sebaik mungkin
tanpa sebarang alasan
keperluan kami adik beradik untuk belajar tak pernah terhalang
abah aku tak nak anak2 dia xdapat belajar
dari situ aku nampak kesungguhan abah nak kami berjaya..
insyaallah, walaupun aku tak dapti mereka harta duit, tapi aku janji aku akan hadiahkan mereka kejayaan aku
aku nak mereka sentiasa tersenyum dan menangis gembira untuk anak2 mereka
YA ALLAH, permudahkan jalanku..
aku menoleh ke belakang bukan untuk menyesal dengan masa lalu, tapi aku ingin membina keyakinan untuk menghalang masa lalu daripada berulang kembali.



