weLC0me to mY bLOg... thanks for visiting , muahhhhh ;D

Thursday, 8 September 2011

KARMA



Orang cakap cinta itu karma

Saat mula-mula aku bertemu dirinya,aku telah jatuh cinta.Azam namanya,tulus je namanya setulus wajahnya yang putih bersih.Aku selalu merenung dia dan mungkin dia sedar yang dirinya diperhatikan.
Tiba-tiba suatu hari,aku menerima satu sms 'best ye awak renung saya,malu la saya'.Aku dah agak sms itu daripada Azam.Memang Azam rupanya.Dia memberitahu aku bahawa dia mengambil nombor telefon aku daripada adiknya,Mas.Adik Azam itu kawan sekelas aku.
Setelah lama kami ber sms,aku dapat tahu yang aku tidak bertepuk sebelah tangan.Azam turut sukakan aku.Bahagia sangat saat tu.Azam berjanji untuk mengambil aku sebagai aweknya setelah aku habis SPM.Tidak sabar aku menunggu saat tersebut.

Dua bulan kemudian,aku berjaya menamatkan SPM.Azam mengotakan janjinya untuk mengambil aku sebagai aweknya.Aku menerimanya dengan hati terbuka kerana aku yakin Azam seorang lelaki baik.6 bulan menyulam cinta,aku diterima masuk ke sebuah universiti di ibu kota,adiknya ,Mas juga memasuki universiti yang sama dengan aku.

'abg risau la sue masuk u,nanti sue lupakan abg' sms yang Azam hantar sebelum aku masuk u.Aku berjanji dengannya untuk tidak melupakannya.Bagi aku,hanya Azam sahaja lelaki yang bertakhta dihatiku.Sikapnya yang penyayang membuatkan kasih aku tidak pernah padam untuknya.

Selepas aku sebulan di u,dia meminta untuk berjumpa denganku,rindu katanya.Dia sanggup datang jauh dari Perak ke KL semata-mata ingin berjumpa denganku.Kami berjumpa di sebuah cafe.
Dia memberitahu bahawa dia memasang impian untuk mengahwini aku suatu hari nanti.Dia cakap lagi 'sudi ke sue nak kwin ngan org mcm abg,belajar tak tinggi mcm sue'.Aku hanya mengatakan pada dia bahawa jika ada jodoh,kita akan kahwin juga nanti.'Tapi abg simpan duit byk2 tau,sue nak hantaran byk' usikku padanya.'apa sahaja abg sanggup lakukan untuk sue'. Aku bahagia mendengar kata-katanya itu.


Di U,aku berkenalan dengan seorang mamat ni,Hafiz,orang Pahang.Dia memberitahu aku bahawa dia sukakan aku.Entah kenapa sebenarnya aku pun turut menyimpan perasaan yang sama kepadanya.Aku lupa bahawa aku milik Azam. Ahh,dia duk jauh dari aku,mana dia tahu aku curang,bentak hatiku.

Aku menjalin cinta dengan Hafiz.Azam telah aku lupakan.Sms nya aku tidak endahkan,panggilannya aku tak jawab.Suatu hari,aku tersentak apabila membaca sms nya 'awk jaga Hafiz elok2 ye,sya xnak awk kecewakan Hafiz mcm awk kecewakan sye..sye tetap syg awak smpai bila'.
Aku terus berjumpa Mas,adik Azam.Dia memberitahu aku bahawa tentang aku dan Hafiz,dia yang memberitahu abangnya.Aku tak marahkannya,sebab aku rasa aku lebih bahagia hidup tanpa Azam.

Setelah sebulan aku bersama Hafiz,dia mula menunjukkan perangainya yang sebenar,suka marah-marah aku. Aku tak tahan akan perangainya dan mengambil keputusan untuk berpisah. Disaat itu aku mula teringatkan Azam.Dia tak pernah sakitkan hati aku tapi  aku tinggalkan dia tanpa sebarang pesan pun. Sudah takdirku begini.


Aku rindu akan sms nya 'gud nite syg', 'gud morning syg'. 'bila abg cukup duit,kte kwen'.
Tapi sekarang semua tu tak ada lagi.
Selepas setahun,aku bersedia untuk bersemuka dengan Azam. Aku mahu dia menerima diriku kembali.
Aku mencari nombor telefonnya kerana no telefonnya dulu telah aku padam dari telefonku. Aku mengupah kawanku untuk menjejaki Azam,alhamdulillah,akhirnya aku dapat apa yang aku inginkan.

'Hai awak,sye hrap awk tak lupakan saya' sms ku kepada Azam. 'Sue???' balasnya.
Rupa-rupanya dia masih menyimpan nombor telefonku. Aku mencuba untuk membuka pintu hatinya buatku.
Dia memberitahu aku bahawa hidupnya dulu terumbang-ambing setelah ditinggalkanku. Aku berasa bersalah kerana meninggalkannya. Aku menyatakan hasrat aku untuk kembali ke pangkuannya. Ternyata dia gembira dengan keputusan tersebut.

Hidup kami kembali seperti dulu. Sangat bahagia aku rasakan.
Suatu hari aku terima sms dari Azam ' maafkan sye,sebenarnya sye da ada org lain.anggap je kte xad hubungan,anggp kita tak ad jodoh' .Aku benar-benar tertampar dengan sms nya itu.

Mas menemui aku dan menyampaikan salam dari Azam. Mas memberitahu bahawa Azam sudah menjumpai perempuan lain yang perangainya seperti aku,suka gelak,pkai cermin mata.
Mas cakap lagi bahawa Azam sentiasa nak memori dia bersama aku tetap dalam ingatannya,sebab tu bila dia jumpa perempuan seakan aku,dia terus tertarik.

Aku rasakan aku perempuan paling bodoh,aku abaikan cinta sejati demi cinta yang palsu.Aku buta,buta dalam menilai antara permata dan kaca.
Kini Azam telah pergi dari hidup aku.Masih terngiang-ngiang kata-katanya ditelingaku,'nanti abg ckup duit,kita kwen'.Benar apa orang kata,cinta itu karma.Sekarang aku dapat rasa apa yang Azam rasa dulu. Sampai sekarang aku masih teringatkan Azam dan walaupun ramai lelaki yang ingin mendampingiku,tetapi pintu hatiku masih belum terbuka untuk lelaki lain. Sesungguhnya,kau tetap bertakhat dihatiku Azam.


fully edited by~ zAti zuLkifLi
BERDASARKAN KISAH SEBENAR tetapi telah diubah sedikit mengikut kesesuaian.




Like da feel u read :D

 
This blog is fully designed by ME n ME n ME..Alright reserved by Zati zuLkifLi